SELAMAT HARI IBU & HEPI BESDAY AYAH!

Esok (10 May 09) ialah Hari Ibu. Rasa-rasanya semua tahu, kan? :) Dah ucapkan SELAMAT HARI IBU kat mak/ibu/mama/umi/amma/okasan korang? PakAjiLeha pun nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada ibu kitorang, Hajah Zaleha Binti Savin. Semoga kekal sihat dan cun selalu,insyaAllah ! ;)
Ibu selalu di sisi kitorang waktu senang dan susah…selalu bagi panduan kalau kitorang di dalam kesusahan…TERIMA KASIH IBU!!!
Buat arwah ayah kitorang, Haji Abd. Malik bin Yeop, SELAMAT HARIJADI! Besday ayah, 11/5. Lusa. Masih terngiang-ngiang lagi usikan ayah ingatkan kami tarikh besday dia (11/5). 3 kali plak tu ayah sebut. 5 hari kemudiannya, ayah meninggal dunia (1/5/2007), tak sempat nak sambut hari lahir yang ke-54. Masih ingat lagi, sepanjang hidupnya, kami jarang sambut hari lahir ayah berbanding ibu. Kadang2 dah terlajak, baru teringat. Itupun sebab teringat Hari Ibu. Kadang-kadang kita terlepas pandang jasa ayah. Tak faham bagaimana pengorbanannya mencari rezeki untuk keluarganya. Memendam rasa risau, sedih, letih dari anak2 dengan muka yang sentiasa hepi. Kita pula, walaupun rapat dan sayang sangat kat ayah, kita tak tau camner nak luahkan perasaan sayang kita kat ayah. Mungkin kita fikir ayah seorang lelaki, tak perlukan luahan2 atau kata2 sayang ni. Tapi, bila ayah dah tiada, kesal tak sempat ucap kata-kata itu…entahlah…
Buat semua, hargailah ibu dan ayah kita…no matter what…selagi ada peluang…SELAMAT HARI IBU buat ibu…SELAMAT HARIJADI dan Al-fatihah buat ayah…

Advertisement

2 Responses to SELAMAT HARI IBU & HEPI BESDAY AYAH!

  1. Saya dah rasa nasi ayam pak aji ni, memang lain dari nasi ayam lain, sedap juga. Try beli kat pasar malam Damansara Damai minggu lepas.
    Boleh Pak Aji ajar resepi buat nasi ayam ni?
    Kalau nak tempah untuk kenduri, penghantaran caj berapa? Saya tinggal kat Bandar Utama. Ada servis katering tak?

  2. Mmm…pasal resepi Nasi Ayam Kukus PakAjiLeha tu, sebenarnya RAHSIA TURUN-TEMURUN…maaf ye, tak dapek nak bagi…tapi utk tidak menghampakan Shila, nanti PakAjiLeha bagi resepi camne nak buat Nasi Ayam Hainan dan Nasi Ayam biasa, ok? :) Nasi Ayam PakAjiLeha rasa lain? Hehehe…memang lain sikit sebab guna resepi yang berbeza dgn nasi ayam lain.
    Untuk tempahan, kalau kat Bandar Utama, PakAjiLeha caj RM10 jer…lepas ler duit minyak nak antar…servis katering buat masa ni takder lagi sebab more focus to product…insyaAllah, akan datang kemungkinan besar ada servis tu. :)
    Datang le beli lagi….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s