TUNDA WARUNG JAP (sampai lepas raya)!!!

Kepada pelanggan dan visitor PAK AJI LEHA.wordpress.com, PakAjiLeha minta maaf le sebab dah lama tak update blog ni. Bukannya apa, tengah bz set up utk bznes bulan puasa ni.
Alhamdulillah, bznes kami berkembang sedikit demi sedikit setiap bulan. Terima kasih di atas sokongan pelanggan dan visitor. Tanpa kalian, siapa lah PakAjiLeha ni…
Bulan puasa ni kami akan membuka jualan di setiap pasar ramadhan berikut dan menjual produk yang berlainan di setiap lokasi.

1) Bandar Baru Sg Buloh (depan Warung Pak Aji Leha) : Jualan air tebu, soya, kuih bakar dan kuih tepung pelita.
2) Rahman Putra (Pasar Ramadhan) : Jualan Nasi Ayam Kukus, Chicken wing, kuih tako, kuih tepung pelita dan kuih bakar.
3) BBSB Fasa 3 Econsave (Pasar Ramadhan) : Jualan Kuih Bakar dan kuih Tepung Pelita.
4) Damansara Damai (Pasar Ramadhan) : Jualan Kuih Tepung Pelita dan Kuih Bakar
5) Kuang (Depan Restoran Kampung DeLight) : Jualan Kuih Tepung Pelita dan Kuih Bakar
6) Seri Kundang (Taman Perumahan) : Jualan Kuih Bakar dan Kuih Tepung Pelita

Sila datang membeli dan menjamah produk2 kami semasa berbuka puasa nanti. :)

Kami juga mendapat tender untuk meng’supply’ makanan2 untuk buffet di Golf Resort (bertaraf 5 bintang) di kawasan Damansara. Alhamdulillah…

Untuk warung, kami telah tunda perniagaan sehingga selepas raya puasa nanti. Sebarang pembaharuan akan kami beritahu nanti.

TEMPAHAN UNTUK JAMUAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA TELAH DIBUKA!!!
Sila beri senarai makanan yang dikehendaki, tarikh jamuan dan jumlah tetamu.
Sebarang keterangan/perbincangan lanjut boleh di buat ke :
piesolution@yahoo.com
Pihak kami akan menghubungi tuan/puan.
HARGA BOLEH RUNDING!!!

Tempahan ini terhad untuk NEGERI SELANGOR dan KUALA LUMPUR sahaja. Harap maklum.

Panasnya!!!

Perasan tak? Mungkin semuanya dah terasa…tapi perasan tak…sekarang ni makin panaslah! Lagi-lagi kalau individu yang bekerja/berniaga luar dari premis/ofis macam PakAjiLeha ni.
Cuaca semakin panas. Kalau nak ditanya pada pakar sains, kemungkinan besar jawapannya ialah ozon dah menipis. Jawapan sama sejak PakAjiLeha masih di bangku sekolah lagi. Kalau ditanya pada ustaz/ustazah, kemungkinan besar jawapannya ialah “dugaan dari Allah”. Kalau kita tanya pulak pada ahli politik, jawapannya dah tentu “Tidak sepanas politik kat Perak”. Kalau ditanya pada pakar ekonomi, mesti mereka akan kata, “Kalaulah keadaan ekonomi negara sepanas macam ni, takdelah mendung jer macam ekonomi sekarang”.
Semua ahli/pakar mempunyai pendapat sendiri mengikut kepakaran masing-masing. Kalau ditanya kepada ahli perniagaan, terutamanya peniaga kecil seperti PakAjiLeha, kami akan jawab “Alhamdulillah, rezeki ni…”. Kenapa? :)
Setiap ahli perniagaan selalunya akan melihat sesuatu keadaan itu adalah peluang, walaupun dalam keadaan kesusahan bagi orang lain. Ambik kesempatan? Takkk…jgn plak salah paham, contoh maksud ambik peluang ni macam ni…
Sekarang musim panas. Dah gerenti semuanya dalam keadaan haus dan tak bertenaga. Jadi, peniaga kecil macam PakAjiLeha akan pikirkan peluang perniagaan yang timbul dari situasi ini. Sekarang Warung PakAjiLeha dah start jual buah-buahan ‘potong’. Alhamdulillah, dapat sambutan. Kan segar rasanya makan buah potong dalam cuaca yang panas terik ni.
Mmm…kesimpulannya, setiap satu kesusahan, ada kesenangan/rezeki/kemudahan di sisinya. Sama-samalah pikirkan topik post kali ni mengikut kepakaran/keadaan/status korang.
snow

SELAMAT HARI IBU & HEPI BESDAY AYAH!

Esok (10 May 09) ialah Hari Ibu. Rasa-rasanya semua tahu, kan? :) Dah ucapkan SELAMAT HARI IBU kat mak/ibu/mama/umi/amma/okasan korang? PakAjiLeha pun nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada ibu kitorang, Hajah Zaleha Binti Savin. Semoga kekal sihat dan cun selalu,insyaAllah ! ;)
Ibu selalu di sisi kitorang waktu senang dan susah…selalu bagi panduan kalau kitorang di dalam kesusahan…TERIMA KASIH IBU!!!
Buat arwah ayah kitorang, Haji Abd. Malik bin Yeop, SELAMAT HARIJADI! Besday ayah, 11/5. Lusa. Masih terngiang-ngiang lagi usikan ayah ingatkan kami tarikh besday dia (11/5). 3 kali plak tu ayah sebut. 5 hari kemudiannya, ayah meninggal dunia (1/5/2007), tak sempat nak sambut hari lahir yang ke-54. Masih ingat lagi, sepanjang hidupnya, kami jarang sambut hari lahir ayah berbanding ibu. Kadang2 dah terlajak, baru teringat. Itupun sebab teringat Hari Ibu. Kadang-kadang kita terlepas pandang jasa ayah. Tak faham bagaimana pengorbanannya mencari rezeki untuk keluarganya. Memendam rasa risau, sedih, letih dari anak2 dengan muka yang sentiasa hepi. Kita pula, walaupun rapat dan sayang sangat kat ayah, kita tak tau camner nak luahkan perasaan sayang kita kat ayah. Mungkin kita fikir ayah seorang lelaki, tak perlukan luahan2 atau kata2 sayang ni. Tapi, bila ayah dah tiada, kesal tak sempat ucap kata-kata itu…entahlah…
Buat semua, hargailah ibu dan ayah kita…no matter what…selagi ada peluang…SELAMAT HARI IBU buat ibu…SELAMAT HARIJADI dan Al-fatihah buat ayah…

Rileks sikit ari ni…

Tenangkan diri semua…kita dengar dulu lagu FIRST LOVE oleh Utada Hikaru…bukannya apa, teringat kenangan masa belajar kat Jepun dulu…dengar skit lagu2 dari sana…artis ni antara artis termuda yang paling cepat berjaya dan terkaya di Jepun…mmm…rezeki dia, lagipun suara dia memang sedap pun…now, enjoy your ‘telinga’ dalam panas tengahari yang terik sambil minum air tembikai!!!

Niaga Pasar Malam Takde Standard?

Kali ni kita sembang2 sikit pasal niaga kat pasar malam. Siapa yang pernah pergi pasar malam? Boleh dikatakan semua orang yang tinggal di Malaysia pernah gi pasar malam,kan? :)
Tahukah anda ramai Jutawan ‘Senyap’ terlahir daripada perniagaan pasar malam? PakAjiLeha takde plak buat survey pasal ni tapi percaya tak kalau ia memang betul2 berlaku? Jutawan-jutawan ‘Senyap’ yang niaga pasar malam ni takde rupa macam jutawan pun, pakaian biasa jer, kenderaan gi bznes pun bukannya Mercedes atau BMW, cuma van buruk atau lori 1 tan jer…tak glamer pun, tapi tak ramai yang tahu keuntungan yang diorang terima daripada bznes pasar malam mereka. Teka ler sendiri.
Pak Aji Leha pun ada join pasar malam (tapi belum Jutawan lagi lerrrr), Pasar Malam kami setakat ni cuma kat Damansara Damai, Sg Buloh, Selangor. Tengah plan nak ambik tapak tempat lain. Mana taknyer, cuba fikir, 1 malam sahaja sales boleh lawan dengan 1 minggu sales kedai. Itu baru satu malam…kalau 3, 4 malam…mmm…alhamdulillah! Tapi, kami masih lagi dalam proses mencari lagi tapak2 yang sesuai untuk bznes Nasi Ayam kami ni. InsyaAllah, kalau ada rezeki, mungkin kami akan bznes di Pasar Malam tempat anda. :)
PakAjiLeha cerita ni bukannya nak menunjuk-nunjuk atau membangga diri, cuma nak sedarkan semua termasuk diri PakAjiLeha sendiri yang meniaga Pasar Malam juga menguntungkan. Malah lebih menguntungkan daripada sesetengah perniagaan lain. Lagipun, PakAjiLeha teringat dulu-dulu ada orang berkata, ‘Kalau tak belajar pandai-pandai, takyah cari kerja, niaga pasar malam jer’…mmm…rasanya salah tu…sekarang ni pun banyak bijak pandai atau yang mempunyai sijil (Degree ke Master ke) yang niaga pasar malam…tak caya? Cuba le survey…rugi sebab tak guna sijil tu ke arah pekerjaan atau perniagaan lain? Hehehe…tepuk dada tanya selera le…maleh nak cakap…
So, sesiapa yang nak merasa Dunia Baru (dunia yang lain daripada pekerjaan atau perniagaan sekarang) iaitu Dunia Bznes Pasar Malam, bgtau le PakAjiLeha…insyaAllah bleh la join Projek ‘Jom Niaga Bersama PakAjiLeha’- Tahap 1…sesuai untuk perniagaan pasar malam. Tak tau macamana nakjoin? Klik je kat pages ‘Jom Niaga Bersama PakAjiLeha’ kat atas tu…ok? :)
Ok le…nak makan nasi goreng jap…jemput le datang ke Warung PakAjiLeha kat Bandar Baru Sg Buloh…kitorang dah start jual goreng2 ni…alhamdulillah…

Survey Citarasa Semua

Kali ni, PakAjiLeha takde nak post apa-apa…cuma nak minta semua sudi-sudikan diri mengisi SURVEY di bawah untuk memudahkan lagi kami sebagai peniaga makanan memenuhi citarasa anda sebagai pelanggan kami. Kami peniaga makanan terutama Warung Pak Aji Leha sentiasa berusaha untuk memuaskan hati pelanggan kami. Jadi, SURVEY ini salah satu cara kami tahu apa yang anda mahukan dari kami. Sila klik link di bawah…
Click Here to take survey
Terima kasih…

BOMOH, SIHIR & REZEKI TUHAN

Kali ni kita masuk ke rancangan Misteri Nusantara sikit…tajuk yang paling hangat terutama bagi warga peniaga kedai makan.

Percaya ke tak sihir ni? Bagi PakAjiLeha, sihir memang wujud. Dalam Al-Quran pun ada menceritakan bagaimana Nabi Musa as. bertarung dengan tukang2 sihir Firaun bagi membuktikan kekuasaan Allah. Ingat lagi, kan?

Apa plak kaitan dengan kedai makan? Rasa2nya ramai dah bleh agak, ye lah, dah banyak pendedahan dan pengakuan yang dibuat di TV, akhbar dan majalah. Pelaris, Pendinding, Pemanis, Santau dan macam2 lagi. Mmm…

PakAjiLeha pun ada cerita sikit pasal sihir ni. Ada member, juga peniaga kedai makan, baru buka kedai 5 bulan lalu, awal pembukaan, bulan pertama hingga bulan keempat, punyalah laku, tak senang duduk member PakAjiLeha dibuatnya. Alhamdulillah. Bolehlah setanding dengan kedai2 makan berdekatan yang dh dibuka berpuluh2 tahun. Tetapi, masuk bulan kelima, tiba-tiba kedainya lengang. Daripada dapat sehari RM500, kini nak dapat RM10 sehari pun susah. Nak kata makanan tak sedap, tak gak sebab ramai customer yang puji makanan kat kedai dia, nak kata kedai kotor atau tak cantik, boleh kata setiap masa bersih siap ada lanskap lagi. Sampai ke hari ini kedainya kurang orang, modal pun dah tenggelam, nak bayar gaji pekerja pun susah. Bayangkan bagaimana contohnya semalam punyalah ramai pelanggan, tiba-tiba hari ni lengang. Nak kata disebabkan ekonomi lembab, tak juga sebab kedai2 makan lain penuh dgn pelanggan siap tak cukup kerusi nak duduk lagi. Harga makanan dia pun sama je dgn kedai2 lain. Mmmmm…pening gak PakAjiLeha, nak bantu tak dapatĀ  le plak pasal hal2 macam ni…

Mungkin ramai yang kata itu dah rezeki Tuhan. PakAjiLeha pun anggap macam tu, cuma bagi PakAjiLeha member ni perlu buat sesuatu. Bukannya kena cari bomoh ke apa ke…mungkin perlu tanya Ustaz atau alim ulama mengenai masalah MISTERI ini. Selain itu, PakAjiLeha rasa member ni kena buat strategi lain sikit, maksudnya, selain daripada tumpu/ fokus sangat ke kedai makan, mungkin dia perlu cari jalan meniaga tempat lain (cthnya pasar, tepi2 jalan), ambil katering atau tempahan atau tangkap tender2 makan kat hotel ke resort ke…mmm…boleh, kan? Bukannya maksudnya kena tutup kedai tu, cuma kena tambah sikit aktiviti, sekurang2nya tidak hanya meniaga di kedai sahaja. Selain itu, berdoa pun penting gak. Doa itu senjata mukmin,kan? InsyaAllah….

Ada cadangan lain tak? PakAjiLeha tahu ramai yang boleh bagi idea. Sama-sama lah kita berdoa utk dia, kalau ramai yang berdoa, mungkin dapat gak menolong member ni…mmm…

Nak siapkan sup jap…rezeki Tuhan ni… :)